Notis Perlindungan Data Peribadi
Di Tetuan Daniel & Wong (“Firma”), kami menghormati privasi anda dan komited untuk melindungi data peribadi anda (“Data”) selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”).
Notis Perlindungan Data Peribadi ini (“Notis”) menerangkan bagaimana kami mengumpul, memproses dan menggunakan Data anda apabila anda menggunakan laman web Firma, melantik atau berurusan dengan kami untuk perkhidmatan, atau berinteraksi dengan Firma, termasuk tetapi tidak terhad kepada mesyuarat, seminar atau persidangan.
Notis ini dikeluarkan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, selaras dengan Seksyen 7(3) PDPA. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai. Kami berhak untuk meminda, mengemaskini atau mengubah Notis ini pada bila-bila masa dengan meletakkan versi terkini di laman web kami. Penggunaan berterusan laman web kami, perkhidmatan atau komunikasi dengan kami akan dianggap sebagai penerimaan terhadap sebarang pindaan.
A) PENGUMPULAN DATA
“Data Peribadi” merujuk kepada sebarang maklumat yang dapat mengenal pasti anda dan yang telah anda berikan kepada kami. Ini termasuk yang berikut:
- nama penuh, tarikh lahir, kewarganegaraan, jantina, nombor kad pengenalan/pasport, status pemastautin, alamat, maklumat pasangan atau ahli keluarga, maklumat akaun bank, dan maklumat lain yang boleh mengenal pasti anda atau ahli keluarga anda;
- butiran perhubungan termasuk nombor telefon bimbit, pejabat dan rumah, alamat e-mel, butiran perbankan, dan maklumat kewangan atau kebolehcapaian kredit;
- maklumat pekerjaan, termasuk jawatan, nama majikan, alamat pejabat, dan hubungan anda dengan mana-mana syarikat (contohnya, pengarah, pemegang saham);
- maklumat-maklumat relevan yang lain dan diperlukan bagi urusan guaman firma dengan anda atau pematuhan kepada keperluan undang-undang dan kawal selia; dan
- sebarang data tambahan yang diberikan oleh anda atau diperolehi daripada pihak ketiga.
Data yang dikumpul disediakan secara sukarela oleh anda. Walau bagaimanapun, jika anda memilih untuk tidak menyediakannya, kami mungkin tidak dapat untuk berkomunikasi dengan anda atau menyampaikan perkhidmatan yang anda perlukan.
B) CARA PENGUMPULAN DATA
Data anda dikumpul melalui pelbagai kaedah, termasuk: –
- maklumat yang anda berikan kepada kami semasa perundingan atau melalui laman web kami;
- surat-menyurat melalui e-mel, telefon, atau komunikasi secara bertulis; atau
- sumber awam (contohnya, jabatan atau agensi kerajaan, agensi pelaporan kredit, media sosial, laman web, penerbitan, persidangan, seminar).
C) TUJUAN PEMPROSESAN DATA
Data anda mungkin diproses dan digunakan oleh Firma untuk tujuan yang berikut termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut: –
- untuk mengesahkan identiti anda;
- untuk memberikan maklum balas terhadap pertanyaan anda dan mengekalkan komunikasi dengan anda;
- semua tujuan yang berkenaan dengan penglibatan perkhidmatan undang-undang Firma dengan anda;
- bagi aspek pengurusan pentadbiran dan operasi harian Firma, termasuk pengurusan bil dan pematuhan keperluan undang-undang;
- untuk dihantar sebagai sumber rujukan kepada (i) editor atau penyelidik penerbitan penarafan guaman dan/atau (ii) klien-klien atau klien-klien berpotensi yang memohon rujukan kerja-kerja terdahulu;
- memastikan pematuhan Firma terhadap kewajipan undang-undang;
- untuk mempromosi, menawar atau pemasaran perkhidmatan Firma kepada anda;
- tujuan lain sebagaimana yang diarahkan atau yang telah diberikan persetujuan oleh anda; dan
- semua tujuan lain berkaitan atau bersampingan dengan perkara-perkara di atas.
Jika anda tidak bersetuju dengan pemprosesan Data anda untuk tujuan yang dinyatakan di atas, sila maklumkan Firma dengan menggunakan butiran yang dinyatakan dalam perenggan F di bawah.
D) PENDEDAHAN DAN/ATAU PEMINDAHAN DATA
Di bawah keadaan-keadaan yang diperlukan, kami mungkin dikehendaki untuk mendedahkan Data anda kepada pihak- pihak ketiga seperti yang berikut: –
- wakil anda yang diberi kuasa atau penasihat undang-undang (sebagai yang diarahkan oleh anda);
- mana-mana orang yang diperlukan untuk tujuan penglibatan atau transaksi undang-undang, termasuk pihak lawan, perunding-perunding lain, institusi-institusi kewangan, dan badan-badan pengawalseliaan;
- badan pengawalseliaan dan agensi penguatkuasa undang-undang, jika dikehendaki oleh undang-undang;
- pihak ketiga yang dilantik untuk memproses data peribadi bagi pihak kami, termasuk perkhidmatan storan, entri data, perkhidmatan IT, bank, institusi kewangan, pembekal insurans, penasihat profesional dan juruaudit;
- data anda juga boleh dipindahkan keluar dari Malaysia seperti yang diterangkan di atas di bawah perenggan (C) untuk tujuan penerbitan dan jurnal penarafan undang-undang dan/atau klien berpotensi yang berada di luar Malaysia.
Melainkan dibenarkan oleh undang-undang dan tertakluk kepada Notis ini, kami tidak akan mendedahkan, menjual atau membolehkan akses Data anda kepada mana-mana pihak tanpa kebenaran anda.
E) KETEPATAN DATA
Kami berusaha untuk memastikan Data yang kami kumpul, gunakan dan proses adalah tepat, lengkap dan terkini. Sila maklumkan kami dengan segera tentang sebarang kesalahan atau perubahan kepada Data anda. Data anda hanya akan disimpan selagi diperlukan untuk tujuan yang digariskan dalam Notis ini atau seperti yang dikehendaki oleh undang-undang.
F) AKES DAN PEMBETULAN DATA
Di bawah PDPA, anda mempunyai hak untuk:-
- meminta akses secara bertulis untuk Data anda dan mendapatkan salinannya;
- meminta pembetulan kepada Data anda jika ia tidak tepat atau tidak lengkap;
- menarikbalik kebenaran anda atau mengehadkan penggunaan Data anda.
Untuk mana-mana perkara di atas, atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, aduan atau penjelasan berkaitan Notis ini atau Data anda, sila kemukakan pertanyaan anda kepada: –
Tetuan Daniel & Wong
Blok D4, D4-1-6, 1, Jln Dutamas 1, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
E-mel : general@danielwong.com.my
Tel : +603 6207 9000
Firma merizabkan hak untuk menolak permintaan anda untuk mengakses dan/atau membetulkan Data, selaras dengan undang-undang.
G) KEBENARAN ANDA
Dengan perlantikan kami, menggunakan laman web kami atau berkomunikasi dengan kami, anda memberikan kebenaran kepada pemprosesan Data anda selaras dengan Notis ini.
Untuk maklumat lanjut atau bantuan, sila hubungi kami.