Notis Perlindungan Data Peribadi

View English version here »

Di Tetuan Daniel & Wong (“Firma“), kami menghormati privasi anda dan komited untuk melindungi data peribadi anda (“Data”) dengan mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”).

Notis Perlindungan Data Peribadi (“Notis”) ini menggariskan bagaimana kami mengumpul dan memproses Data anda apabila anda mengakses dan menggunakan laman web Firma, atau apabila anda melantik atau berhubung dengan kami untuk perkhidmatan, atau dengan berinteraksi dengan Firma termasuk tetapi tidak terhad kepada mesyuarat, seminar ataupun persidangan.

Notis ini dikeluarkan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu selaras dengan Seksyen 7(3) PDPA.  Sekiranya terdapat sebarang percanggahan, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai. Firma merizabkan hak untuk membuat pengemaskinian atau pindaan terma-terma Notis ini pada bila-bila masa dengan meletakkan Notis yang dikemas kini di laman web Firma. Dengan meneruskan komunikasi dengan Firma atau penggunaan perkhidmatannya berikutan pindaan atau pengemaskinian terhadap Notis ini, ia menandakan penerimaan anda terhadapnya.

 

A) Pengumpulan Data Peribadi Kami

“Data Peribadi” merujuk kepada sebarang maklumat yang berkaitan dengan pengenalan diri anda yang telah anda berikan kepada Firma dan termasuk yang berikut: –

  1. nama, tarikh lahir, kewarganegaraan, jantina, nombor kad pengenalan/pasport, status pemastautin, alamat surat-menyurat, butiran pasangan atau ahli keluarga anda dan butiran perbankan dan sebarang maklumat lain yang mungkin mengenal pasti pengenalan anda, pasangan atau ahli keluarga anda yang telah atau mungkin dikumpul, disimpan, digunakan dan diproses oleh Firma dari semasa ke semasa;
  2. butiran perhubungan termasuk nombor telefon bimbit, pejabat dan kediaman, alamat e-mel, butiran perbankan, maklumat kewangan/kepercayaan kredit;
  3. butiran pekerjaan (sektor swasta, sektor kerajaan, bekerja sendiri, tidak bekerja atau lain-lain), termasuk jawatan, nama majikan, alamat pejabat, butiran hubungan dengan syarikat (sebagai contoh pengarah, pemegang saham);
  4. maklumat-maklumat lain yang relevan atau diperlukan untuk penglibatan perkhidmatan undang-undang Firma dengan anda atau secara pematuhan dengan keperluan undang-undang dan pengawalseliaan; dan
  5. sebarang maklumat tambahan yang diberikan oleh anda atau pihak-pihak ketiga berkenaan dengan anda.

 

Data yang dikumpul disediakan secara sukarela oleh anda. Walau bagaimanapun, jika anda memilih untuk tidak menyediakannya, Firma mungkin tidak dapat untuk berkomunikasi dengan anda atau menyampaikan perkhidmatan yang anda perlukan.

 

B) Cara Kami Mengumpul Data Peribadi

Data anda dikumpul melalui pelbagai cara, termasuk tetapi tidak terhad kepada: –

  1. maklumat yang anda berikan kepada kami semasa perundingan atau melalui laman web kami;
  2. surat-menyurat melalui e-mel, telefon, atau komunikasi secara bertulis; atau
  3. sumber awam (sebagai contoh, jabatan atau agensi kerajaan, agensi pelaporan kredit, media sosial, laman web, penerbitan, persidangan, seminar).

 

C) Tujuan Memproses Data Peribadi

Data anda mungkin diproses dan digunakan oleh Firma untuk tujuan yang berikut termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut: –

  1. untuk mengesahkan identiti anda;
  2. untuk memberikan maklum balas terhadap pertanyaan anda dan mengekalkan komunikasi dengan anda;
  3. semua tujuan yang berkaitan dengan atau berkenaan dengan penglibatan perkhidmatan undang-undang Firma dengan anda;
  4. bagi aspek pengurusan dan operasi harian Firma, termasuk pengurusan bil dan kutipan serta pematuhan keperluan undang-undang;
  5. untuk dihantar sebagai sumber rujukan berpotensi kepada (i) editor/penyelidik di dalam penerbitan dan jurnal-jurnal dan/atau (ii) klien-klien/ klien-klien berpotensi yang memohon rujukan kerja-kerja terdahulu berkenaan dengan sebarang cadangan, penghujahan, tawaran atau bidaan;
  6. memastikan pematuhan Firma terhadap kewajipan undang-undangnya;
  7. untuk mempromosi, menawar atau mengiklan perkhidmatan Firma kepada anda;
  8. untuk tujuan lain sebagaimana yang diarahkan atau yang telah diberikan persetujuan oleh anda; dan
  9. untuk semua tujuan lain berkaitan atau bersampingan dengan perkara-perkara di atas.

 

Jika anda tidak membenarkan Firma memproses Data anda untuk tujuan yang dinyatakan di atas, sila maklumkan Firma dengan menggunakan butiran yang dinyatakan di bawah perenggan F.

 

D) Pendedahan dan/atau Pemindahan Data Peribadi

Di bawah keadaan-keadaan yang tertentu, kami mungkin dikehendaki untuk mendedahkan Data anda kepada pihak- pihak ketiga seperti berikut: –

  1. wakil anda yang diberi kuasa atau penasihat undang-undang (sebagai contoh, apabila diberi arahan oleh anda untuk berbuat demikian);
  2. mana-mana orang yang diperlukan untuk tujuan penglibatan undang-undang dan/atau transaksi undang-undang, termasuk tetapi tidak terhad kepada pihak lawan, perunding-perunding lain, institusi-institusi kewangan, badan-badan pengawalseliaan;
  3. badan pengawalseliaan dan agensi penguatkuasa undang-undang jika dikehendaki oleh undang-undang;
  4. pihak ketiga yang dilantik untuk memproses data peribadi bagi pihak kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada perkhidmatan storan arkib, kemasukan data, sokongan komputer, perkhidmatan pemulihan, penyedia perkhidmatan teknologi maklumat (IT), bank, institusi kewangan, pembekal insurans, mana-mana penasihat profesional dan juruaudit luar;
  5. Data anda juga boleh dipindahkan keluar dari Malaysia seperti yang diterangkan di atas di bawah perenggan (C) untuk tujuan penerbitan dan jurnal kedudukan undang-undang dan/atau klien berpotensi yang berada di luar Malaysia.

 

Tertakluk kepada Notis ini dan melainkan dibenarkan oleh undang-undang, sila yakin bahawa kami tidak mendedahkan, menjual atau menyediakan atau membolehkan akses Data anda kepada individu-individu atau syarikat-syarikat lain tanpa kebenaran anda.

 

E) Ketepatan Data

Kami berusaha untuk memastikan Data yang kami kumpul, gunakan dan proses adalah tepat, lengkap dan terkini. Walau bagaimanapun, ketepatannya bergantung kepada maklumat yang anda berikan. Untuk membantu kami dalam mengekalkan rekod terkini, sila maklumkan kami dengan segera tentang sebarang kesalahan atau perubahan kepada Data anda.

Data anda hanya akan disimpan selagi diperlukan untuk tujuan yang digariskan dalam Notis ini atau seperti yang dikehendaki oleh undang-undang.

 

F) Akses Data dan Pembetulan Data

Di bawah PDPA, anda mempunyai hak untuk (i) meminta akses secara bertulis untuk Data anda dan mendapatkan salinannya atau (ii) meminta pembetulan kepada Data anda jika ia tidak tepat atau tidak lengkap atau (iii) menarikbalik kebenaran anda atau mengehadkan penggunaan Data anda.

Untuk mana-mana perkara di atas, atau jika anda mempunyai sebarang persoalan, kebimbangan, pertanyaan, aduan atau penjelasan berkaitan Notis ini dan/atau Data anda, sila kemukakan pertanyaan anda kepada: –

 

Tetuan Daniel & Wong

Blok D4, D4-1-6, 1, Jln Dutamas 1, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

E-mel general@danielwong.com.my
Tel : +03 6207 9000

 

Firma merizabkan hak untuk menolak permintaan anda untuk mengakses dan/atau membetulkan Data, untuk alasan-alasan yang dibenarkan dari sisi undang-undang.

 

G) Persetujuan Anda

Dengan memberikan persetujuan anda, anda dengan ini bersetuju and membenarkan kami untuk memproses/terus memproses Data anda mengikut Notis di sini.

 

Untuk maklumat lanjut atau bantuan, sila hubungi kami.